Kaedah ini berfungsi untuk menguatkan otot-otot kaki dan bahagian bawah belakang. Ia berguna kepada merek ayang mengalami sakit-sakit reumatisme pada bahagian bawah belakang dan pinggul. Ia juga dapat mengurangkan berat yang berlebihan disekeliling pinggul, pinggang dan abdomen ( Ni sebab utama masukkan article ni ) .
K.A.E.D.A.H S.H.A.L.A.B.H.A.S.A..N.A
:: Langkah 1.
Tarik Nafas: Selitkan tangan dibawah tubuh anda dengan telapak tangan menghadap ke atas atau ke bawah. Bawa dagu ke lantai. Rapatkan kaki
:: Langkah 2.
Hembus nafas :
Luruskan kaki kanan dan angkat setinggi yang anda boleh tanpa mengangkat pinggang daripada hasta. Tahan selama 10 saat, kemudian turunkan kaki. Ulangi dengan kaki kiri.
:: Langkah 3.
Cuba gaya lengkap dengan meniarap seperti langkah 1.
Hembus nafas : Alihkan berat badan sedikit ke hadapan kea rah bahu dan dada. Angkat kedua-dua kaki serentak . Tahan Selama beberapa saat, kemudian turunkan kaki.Berehat seketika.
K.A.E.D.A.H S.A.R.V.A.N.G.A.S.A.N.A
Dengan kaedah ini badan akan berada dalam postur yang menyonsang menyebabkan badan terasa lebih ringan dan otak lebih cerdas. Selain itu, Paras hemoglobin di dalam darah juga bertambah baik. Dalam erti kata lain, ini adalah satu senaman pemberi kekuatan yang sangat ideal dan dapat mengmbangkan tempoh keremajaan apabila selalu berlatih. Ia juga berfungsi dengan baik untuk mereka yang mengalami gangguan membuang air kecil, Uterus teralih, masalah haid, hernia dan buasir .
:: Langkah 1.
Berbaring di atas lantai dengan badan diregangkan sepenuhnya. Penuhkan paru-paru dengan udara dengan cara tarik nafas sedalamnya.Angkat kaki dari paras paha hingga ke jari atas.
:: Langkah 2.
Angkatkan Pinggang dan tubuh badan bersama dengan kaki dalam pergerakan yang perlahan-lahan dan berterusan, dengan menyokong bahagian belakang dengan kedua-dua belah tangan. Hanya bahagian belakang kepala dan bahu sahaja yang terletak teguh di atas lantai. Biarkan Posisi kaki berada dalam keadaan tegak, jari- menundung ke atas dan pandang kea rah jari kaki. Letakkan dagu pada bawah leher . Berada pada posisi ini selama 30 saat.
article From : Mingguan wanita 'Apr 07
No comments:
Post a Comment