B.A.K.A.R kalori melalui senaman dan pemakanan


Sekadar hiasan

Bagaimana Hendak menurunkan berat badan ? ? ?

:: Berat badan ideal boleh dicapai melalui keseibangan di antara tenaga (kalori) yang diambil melalui makanan dengan tenaga yang digunakan untuk melakukan aktiviti harian .
:: Penurunan Berat badan secara mendadak akan mengakibatkan kehilangan air atau tisu badan.

:: Tenaga berlebihan sebanyak 3500 kalori akan membentuk 1/2 kg atau 1 paun lemak
Sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan anda :
:: Kurangkan hanya 1/2 kg= 3500 kcal dalam masa seminggu

:: Dicapai dengan mengurangkan 500 kalori sehari melalui gabungan cara berikut :

:: Pengurangan Pengambilan makanan sebanyak 250 kalori sehari

:: Senaman yang boleh membakar sebanyak 250 kalori sehari



Sekadar Hiasan


C.O.N.T.O.H pengiraan ::

Anda adalah seorang Kerani berumur 35 tahun, mempunyai berat badan 65 kg dan ketinggian 150 cm. Anda Jarang melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang cergas . Pengiraan keperluan tenaga untuk anda adalah seperti berikut ::

i. BMI = 65 kg
-----------------
1.5 cm x 1.5 cm

= 28.9 ( anda adalah dalam kategori berlebihan berat badan)


ii. Faktor F
iii. Anda mempunyai aktiviti sedentari jadi :
Keperluan tenaga anda = Berat badan anda sekarang x Faktor F

= 65 x 25
= 1625 kcal Sehari




Sekadar Hiasan
:: Berat badan Ideal bagi tinggi anda adalah 50 kg. Oleh itu anda perlu kurang berat badan sebanyak 15 kg untuk mengekalkan berat badan ideal. Anda perlu mengurangkan 1paun atau 1/2 kg berat badan dalam seminggu .

:: anda boleh turunkan berat badan yang berlebihan itu selama berapa hari ?

untuk turun 1lb/1/2 kg per minggu berat badan anda perlu kurang 3500 kcal dari tubuh anda. Setiap hari, anda perlu kurangkan sebanyak :

= 3500 kcal =500 kcal setiap hari
------------
7

= 250 kcal dikurangkan daripada makanan + 250 kcal dibakar melalui aktiviti

:: Untuk menentukan berapa hari anda boleh turun berat badan sebanyak 15 kg tersebut :
1. Kira jumlah kcal yang perlu dikurangkan daripada tubuh anda :
=15x2.2 paun
= 33 paun lemak
1 paun lemak = 3500 kcal
33 paun lemak = 3500 x 33
= 115,500 kcal perlu dikurangkan daripada tubuh anda

2. anda perlu kurang 500 kcal/ hari untuk turun 1 paun / setengah kg dalam 1minggu. untuk sejumlah 115,500 kcal dari tubuh, anda mengambil masa :


= 115,500
------------- = 231 hari
500 kkal


Keperluan kalori daripada makanan anda :

= 1625 kcal - 250 kcal = 1,375 kcal sehari

:: Matlamat untuk penurunan sebanyak 1/2 kg seminggu :

Keperluan Tenaga anda = 1,375 kcal-500 kcal
( 250 kcal daripada makanan & 250 kcal daripada aktiviti fizikal)
= 875 kcal Sehari Sahaja

:: CONTOH aktiviti untuk membakar 500 kalori


Klik untuk imej yang lebih besar


Article From : Mingguan Wanita disember '2006

No comments: