S.A.Y.A.N.G.I kaki anda.


:: Usah biar kasut menyeksa kaki ::

Berikut adalah tip untuk anda mencari kasut yang sesuai dengan kaki supaya anggota ini terhindar dari masalah seperti melecet, sakit tumit dan sebagainya :

:: Kenali Bentuk kaki ::
Letakkan kasut yang ingin di beli di tetp kaki anda. Jika bentuknya sesuai barulah anda mencuba ini adalah kerana TIDAK SEMUA Model kasut yang ada di pasaran sesuai dengan bentuk kaki anda.

:: Sesuaikan Ukuran ::
Cubalah memakai kasut yang anda ingini dalam posisi berdiri kerana posisi berdiri akan memberikan ukuran kaki yang paling tepat!kemudian jalanlah pada permukaan yang berbeza-beza
** Pastikan anda membeli kasut pada siang hari setelah anda melakukan aktiviti .
yang ni aku pun tak tau ape motifnya..ahax
**Jika anda memakai stoking, pakailah juga ketika anda mencuba kasut

:: Ruang yang cukup ::
Salah satu petanda kasut yang tepat untuk kaki anda adaalh jika masih tersedia ruang yang cukup bagi jari-jari kaki anda.
** Jangan sesekali membeli kasut yang terasa sempit di bahagian hujungnya atau terlalu pendek untuk jari kaki terpanjang ...jari ibu dan yang sebelahnya tulah selalunya terpanjang..

:: Tekanan Tumit Tinggi ::
Semakin tinggi kasut, Semakin besar tekanan pada kaki anda. Bagi tumit kasut setinggi 4-5 cm makan tambah tekanan pada kaki meningkat 76%...Pemakaian kasut yang terlalu tinggi memang tidak digalakkan untuk dipakai dalam aktiviti seharian.
** Anggaplah kasut bertumit tinggi sebagai

"HiDaNgAn PeNutUp YaNg CuKuP LaZaT TaPi PeNuh KaLoRi. SeDap DimaKan Tapi TiDaK BoleH DiaMbiL TerLalu KeRaP".

No comments: