R.E.S.E.P.I diet ..


SUP SAYUR (yang nak dicuba for the weekend)

1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam [hiriskan kecil dan nipis]
1 cm halia2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara

1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendidih

# Jika diamalkan makan sup ini selama seminggu ( Tanpa makan nasi dan lauk lain ) , insyaAllah boleh turun berat badan dengan cepat.

SUP SAYUR PAK CHOY ( telah dicuba..yummy..yummy..lazat )

Bahan-Bahan:

1 ikat pak choy (sawi pendek)
600 ml air kosong
1 peket tauhu telor (dipotong bulat2)
suhun (ikut selera)
2 ulas bawang putih untuk menumis
1 sudu besar minyak masak
½ kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis mentah direndam seketika
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga hampir kuning dan masukkan air. Biar sampai mendidih sambil itu masukkan kiub ikan bilis & ikan bilis mentah. Tauhu telor digoreng dgn separa minyak, tidak perlu terlalu garing. Angkat dan toskan baki minyak. Masukkan suhun ke dalam sup yang sedang mendidih. Biar empuk kemudian masukkan pula tauhu telor, pak choy dan garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk individu yang sedang diet. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dgn nasi putih. Jika suka, titikkan sedikit minyak bijan.

Tambahan:
selepas dimasukkan sayur pak choy, hanya perlu kacau perlahan2 dan terus tutup api. Jangan tutup periuk kerana ini akan menyebabkan sayur cepat layu & kurang zat. Boleh tambah ubi kentang jika suka dan perlu dimasak sblm dimasukkan suhun.

No comments: