B.E.R.M.U.L.A dari Tangan

Tahukah anda ?

Sabun Buku
Jika digunakan bersama air boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik lain.
namun begitu
disarankan menggunakan sabun antiseptik agar dapat membunuh mikro organisme sepenuhmya.

Kesan pada Kulit:
Sabun antiseptik biasanya mengandungi alkohol sebanyak 70% dan sabun dengan nilai PH di atas 9 boleh mengeringkan kulit tangan. Pilihlah sabun yang 'mild' atau nilai pH yang hampir dengan nilai pH kulit (5.5)

Sabun Cecair
boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik.
Sekiranya kandungan mengandungi antiseptik, ia boleh membunuh semua organisma.

Kesan pada kulit :
sama seperti sabun buku, kandungan antiseptik dan nilai pH padanya boleh menyebabkan kulit kering.

Gel Pembersih tangan
Ia tidak efektif untuk membersihkan kotoran atau bahan organik lain. lazimnya, ia mempunyai alkohol dan sangat efektif membunuh mikroorganisma

kesan pada kulit:
alkohol juga boleh menyebabkan kulit kering. Pun begitu kini terdapat juga gel pembersih tangan yang ditambahkan dengan pelembap (emollient) yang berfungsi mencegah kulit kering.

Tisu basah
mampu membersihkan kotoran atau bahan organik lain. Walaupun ada kalanya hasilnya tidak sepenuhnya. Produk ini biasanya mengandungi alkohol yang boleh membunuh mikroorganisma.

kesan pada kulit :
menyebabkan kulit kering






1 comment:

mamai said...

pakai sabun buatan sendiri