Menu ATKINS diet


Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat

- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices

2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat

Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)

2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat

3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat

- any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.

4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:

Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.

2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.

3.) Daging goreng kering

4.) ATAU steak lembu / kambing

Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)

3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..

Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

sape yang gastrik bole tambah minum air soya atau susu...

Sup Sayur
Saya kekadang masak sup sayur, dimana saya gunakan rempah yang orang buat sup ayam tu (cap Adabi) untuk jadi perasa tambahan. Kekadang saya tambah cebisan ayam sikit dalam sup tu untuk menambahkan lagi rasa. Jangan lupa garam secukup rasa.

Sayur Goreng
Sayur boleh digoreng macam biasa, macam buat stir-fry. Sebaik-baiknya guna minyak masak jenis Canola atau Caroteno.

Sayur Tomyam
Masak tomyam macam biasa, tambah sayur, udang dan ikan. Elakkan kerang2 dan sotong coz karbohidrat tinggi

Sayur Steam
Sayur macam brokoli, cauliflower boleh disteam / rebus. Tambah jadi hidangan bersama steak ayam / daging. Macam yang dijual kat gerai2 dan steakhouse.

Sayur Ulam
Buat ulam dengan sayur-sayuran tu. Sayur boleh dimakan begitu saja.

Sayur Salad
Buat salad sayur dengan menambahkan olive oil, sos tobasco atau mayonis sebagai krim untuk salad.







Info : Kredit to Diet club

1 comment:

YANI SLiM said...

Salam, Nice blog! R u keen to earn Xtra Cash??? Join 90 Days Get Slim Challenge & Happy Life Project to Make Life Better for Health Freedom! Money Freedom! TIme Freedom! Visit me back. Tnks. btw with bios life slim u tak perlu berdiet or ikat perut utk kurus ;) Visit me back :)