Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Foot Detox Patch

FOOT DETOX PATCH



RM20 - 10 keping+1 FREE..

Foot Patch nazconsauna harga berpatutan dan kami tambahkan kandungan dan khasiat untuk lebih berkesan.

Tiada Bahan2 Tiruan..100% herba semulajadi..pelekat berubat untuk singkirkan toksik dan lemak dan badan..



Kelebihan Foot Detox Patch Nazconsauna

1. Meningkatkan Tenaga dan Metabolisme Dalam Badan.

2.singkirkan toksik dalam badan.

3. Melancarkan peredaran darah.

4. Meningkatkan imun dalam badan.

5. Melegakan sakit-sakit urat dan sendi.

6.Atasi masalah insomnia.

kalau berminat? tinggalkan komen atau emailkan kepada

mawarberduri09@gmail.com










Thanks :)

JANGAN kencing berdiri ?


tahukah anda,
sekiranya anda mengamalkan tabiat kencing sambil berdiri,
Risiko untuk mengidap penyakit batu karang adalah sangat tinggi !!!

dari kecik jangan latih anak anda kencing berdiri ye ....



Ini adalah kerana,
sekiranya anda mengamalkan kencing sambil berdiri,
air yang sepatutnya keluar sehingga ke 'titisan terakhir'
akan tersumbat didalam pundi kencing
dalam erti kata air kencing tersebut tidak semuanya keluar.

Terdapat beberapa organ yang tidak dapat berfungsi secara optimal dengan posisi berdiri
sekiranya anda kencing dalam posisi mencangkung,

saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas dan mengoptimalkan proses pembuangan air kencing sehingga ke 'titisan terakhir'












Sumber : Rapi, Bil 142

K.O.L.A.G.E.N

Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Dia adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

Pengganti Kolagen Semulajadi

Tomato
Oren dan Lemon
Susu Soya, Tofu dan semua makanan yang berasaskan soya
Ikan
Bawang Putih
Bayam


So.... kalau nak cantik tanpa mengambil sebarang kolagen....
amalkan makan makanan seperti yang diatas ye ...
~ Selamat Mencuba ~






karbohidrat baik & tidak baik

Bismillah ...

hari ni nak share sikit tentang baik dan jahat
bukan manusia je ade yang baik dan jahat
ade malaikat dan syaitan
ade unsur baik dan unsur jahat seperti Yin and Yang ....

Yin itu mewakili tempat hitam (kesedihan, passive, gelap, kewanitaan, menjurus kebawah, dan mewakili malam) sering juga disimbolkan dengan air

Yang itu mewakili tempat putih/cahaya ( kegembiraan, aktif, kejantanan, menjurus keatas dan mewakili siang) sering disimbolkan juga dengan api atau angin

Tahukah anda ...Karbohidrat pun ade yang baik dan tidak baik ......

Ini adalah senarai karbohidrat Jahat tidak baik ....

klik untuk tumbesaran .....

dan
yang ini karbohidrat yang baik .....


klik untuk tumbesaran ......

mulai sekarang pilihlah karbohidrat yang baik bagi mendapatkan sumber tenaga untuk badan anda .....






T.R.Y yang ni pulak ....

Bismillah ....
saje..tak tau nak update ape hari ni ...
So nak share la sikit ....
ade la suatu hari berborak2 dengan sorang kakak ni ..
katanya

" Dik , akak pernah try losyen ni ...elok..."
"akak dah cuba... ukur lilit akan berkurangan..bla..bla..bla.."


so aku pun try je la

ni pulak experience ku :

Membakar lemak
Melawaskan proses 'Indah Water'
Mengempiskan perut
Anda akan rasa berpeluh-peluh pada tempat yang disapu ...
walaupun anda sudah telah mandi..sabun ...
tetapi
bile anda berjalan, bersenam..anda tetap akan rase panas dan berpeluh
pada bahagian yang disapu .....

kalau rajin boleh cuba
Insyaallah

kita berusaha..hasilnya terserah lah ..




Anorexia dan Bulimia Nervosa


Kedua-dua nya merupakan masalah kecelaruan pemakanan..






Anorexia nervosa
Penghidap anoreksia nervosa lazimnya memilih untuk terus berlapar dan enggan mengekalkan berat badan unggul kerana berpendapat mereka masih gemuk.

Bulimia nervosa

Penghidap bulimia pula sering mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha untuk membuangkan apa yang telah dimakan sama ada dengan memuntahkan semula atau menggunakan ubat-ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Penghidap bulimia boleh mengalami berat badan yang berubah-ubah tetapi tidaklah sampai ke tahap kemerosotan berat badan yang ketara seperti yang dialami oleh penghidap anoreksia.


Kesan dan Akibat

Anorexia nervosa

Boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Dianggarkan 1 dari 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Akibat-akibat lain termasuklah gangguan degupan jantung, rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf.

Bulimia nervosa

Mengakibatkan kerosakan pada gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung selain dari badan menjadi tidak bermaya. Pembuangan bahan-bahan dari usus secara kerap akan menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan, dan juga sembelit.






Syarat P.E.R.T.A.M.A!!!

TANAMKAN SIKAP POSITIF

1. Kurangkan makanan yang bergoreng - Isytiharkan Perang pada makanan Ringan

2. Tukarkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak haiwan kepada yang berasaskan lemak sayuran.

3.Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

4. Kurangkan juga minum minuman yang manis dan jauhkan tabiat makan kerana stress .

5.Elakkan MEMAKSA diri melalui saat yang sukar untuk menurunkan berat badan. Biar ia berlaku dengan normal dan jalani hidup seperti biasa.

6. Bertemulah dgn pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

Ukuran Pinggang yang sihat

Gambar sekadar hiasan

Garis panduan ini dari AHA-NHLBI
(Kesatuan Jantung Amerika)

Wanita Normal : tidak boleh lebih dari 35 inci (88sm)
Lelaki Normal : tidak boleh lebih daripada 40 inci (102 sm)
Nota : Risiko diserang penyakit jantung lebih tinggi jika pita ukur anda mengesahkan yang ukuran lilit anda lebih daripada itu.

Garis panduan daripada IDF
(Kesatuan Diabetes Antarabangsa)

Wanita Normal : Tidak boleh lebih daripada 32 inci (80sm)
Lelaki Normal : Tidak boleh lebih daripada 38 inci ( 94sm)
Nota: Risiko diserang penakit Kencing Manis lebih tinggi jika ukur lilit anda berlebihan

tanda Amaran titik tengah kebada risiko OBESITI
Wanita : 32 inci ( 80sm)
lelaki : 38 inci (94sm)

Nota : Jika anda tidak mempunyai pita pengukur...cara lain untuk mengukur ialah dengan
membahagikan ketinggian kepada dua
kemudian tukarkan kepada nilai inci
Ukuran pinggang anda hendaklah tidak melebihi angka berkenaan

Nota peladang : seb baik tak lebih 32 inci....
huhu..bahaya nih
blogger-emoticon.blogspot.com

B.E.R.M.U.L.A dari Tangan

Tahukah anda ?

Sabun Buku
Jika digunakan bersama air boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik lain.
namun begitu
disarankan menggunakan sabun antiseptik agar dapat membunuh mikro organisme sepenuhmya.

Kesan pada Kulit:
Sabun antiseptik biasanya mengandungi alkohol sebanyak 70% dan sabun dengan nilai PH di atas 9 boleh mengeringkan kulit tangan. Pilihlah sabun yang 'mild' atau nilai pH yang hampir dengan nilai pH kulit (5.5)

Sabun Cecair
boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik.
Sekiranya kandungan mengandungi antiseptik, ia boleh membunuh semua organisma.

Kesan pada kulit :
sama seperti sabun buku, kandungan antiseptik dan nilai pH padanya boleh menyebabkan kulit kering.

Gel Pembersih tangan
Ia tidak efektif untuk membersihkan kotoran atau bahan organik lain. lazimnya, ia mempunyai alkohol dan sangat efektif membunuh mikroorganisma

kesan pada kulit:
alkohol juga boleh menyebabkan kulit kering. Pun begitu kini terdapat juga gel pembersih tangan yang ditambahkan dengan pelembap (emollient) yang berfungsi mencegah kulit kering.

Tisu basah
mampu membersihkan kotoran atau bahan organik lain. Walaupun ada kalanya hasilnya tidak sepenuhnya. Produk ini biasanya mengandungi alkohol yang boleh membunuh mikroorganisma.

kesan pada kulit :
menyebabkan kulit kering