Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts

karbohidrat baik & tidak baik

Bismillah ...

hari ni nak share sikit tentang baik dan jahat
bukan manusia je ade yang baik dan jahat
ade malaikat dan syaitan
ade unsur baik dan unsur jahat seperti Yin and Yang ....

Yin itu mewakili tempat hitam (kesedihan, passive, gelap, kewanitaan, menjurus kebawah, dan mewakili malam) sering juga disimbolkan dengan air

Yang itu mewakili tempat putih/cahaya ( kegembiraan, aktif, kejantanan, menjurus keatas dan mewakili siang) sering disimbolkan juga dengan api atau angin

Tahukah anda ...Karbohidrat pun ade yang baik dan tidak baik ......

Ini adalah senarai karbohidrat Jahat tidak baik ....

klik untuk tumbesaran .....

dan
yang ini karbohidrat yang baik .....


klik untuk tumbesaran ......

mulai sekarang pilihlah karbohidrat yang baik bagi mendapatkan sumber tenaga untuk badan anda .....






Syarat P.E.R.T.A.M.A!!!

TANAMKAN SIKAP POSITIF

1. Kurangkan makanan yang bergoreng - Isytiharkan Perang pada makanan Ringan

2. Tukarkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak haiwan kepada yang berasaskan lemak sayuran.

3.Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

4. Kurangkan juga minum minuman yang manis dan jauhkan tabiat makan kerana stress .

5.Elakkan MEMAKSA diri melalui saat yang sukar untuk menurunkan berat badan. Biar ia berlaku dengan normal dan jalani hidup seperti biasa.

6. Bertemulah dgn pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

yang Keding dan gelap .


Bismillah ..
huh..lame gak tak update blog ni ....
agak bz ...hari ni ade sedikit kesempatan boleh lah update ...

Jangan pandang rendah kepada si Keding iaitu taugeh ...

Walaupun murah, taugeh mempunyai banyak khasiatnya.
pengambilan taugeh secara kerap membantu wanita menghalang risiko kanser ,
senggugut dan gangguan pra-menopous.

mereka yang berisiko diserang penyakit angin ahmar dan serangan jantung juga disarankan melebihkan pengambilan taugeh .


Sila pilih yang agak gelap ....
statement ini untuk buah-buahan dan sayur-sayuran ya !!..huhu

tahukan anda semakin gelap warna buah atau sayuran, semakin tinggi nilai gizinya.
sayuran berdaun hijau tua, kuning gelap jangan yang dah busuk plak dan
jingga, merupakan sumber Vitamin A dan Ferum yang baik.
Ianya mampu mencegah penyakit anemia.

Z.O.N.E diet


the zone diet plan


The Zone Diet plan consists of balancing your diet and ensuring 40% of your daily caloric intake is in the form of carbohydrate, 30% protein, and 30% fat.

The reasoning is that when you eat food, it is broken down into it's basic components, glucose, amino acids, and fatty acids, and enters you bloodstream. The Zone Diet argues that food should be though of as a drug that has a powerful effect on the body.
Therefore every meal and snack needs to have the right levels of nutrients (protein, carbohydrate and fat) to produce an appropriate hormonal response
A key point of the diet plan is not to focus on calories but the ratio of protein to carbohydrate. You need to aim for a ratio of 0.75 protein to carbohydrate. i.e. 1 gram of carb to 0.75 grams of protein.However, the amount of protein required by each of us is different. It is based on your physical activity, weight and body fat.

M.O.R.N.I.N.G banana diet

Caranya simpel:

::Makan lah sebiji pisang (boleh lebih) untuk sarapan pagi.

::Anda boleh menikmati sebarang sajian yang anda suka untuk lunch dan Dinner ..tapi pastikan Dinner anda (sebelum jam 8 malam). Makanlah sehingga anda rasa selesa ( kenyang tapi bukan Sengkak) At all meals you should eat only until you’re satisfied but not full or stuffed

::Minum air dengan banyak - air dalam suhu biasa bukan yang sejuk atau yang panas.

::Nikmati lah makanan anda ( kunyah sehingga hancur)


::Anda juga dibenarkan mengambil 'Snek' pada pukul 3.00 petang. Tetapi pastikan anda telah makan tengahari lebih awal ( maknanya : Lunch pukul 12.00 jadi boleh makan sebarang 'Snek' pada pukul 3.00 )

::Tidur awal dan elakkan tidur setelah larut malam. ( kalau tidur lewat misti rase macam lapar dan nak makan)

http://morningbanana.com/morning-banana-diet-rules

R.E.S.E.P.I diet ..


SUP SAYUR (yang nak dicuba for the weekend)

1 batang celery (bukan daun celery)
1/2 biji cili hijau capsicum
2 helai daun kobis panjang
1 biji tomato
1/2 batang carrot
1 keping dada ayam [hiriskan kecil dan nipis]
1 cm halia2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasa
daun sup

Cara

1. Potong kecil semua sayur.
2. Rebus semua bahan dlm periuk kecuali daun sup.
3. Masukkan garam untuk memberi rasa dan biarkan mendidih

# Jika diamalkan makan sup ini selama seminggu ( Tanpa makan nasi dan lauk lain ) , insyaAllah boleh turun berat badan dengan cepat.

SUP SAYUR PAK CHOY ( telah dicuba..yummy..yummy..lazat )

Bahan-Bahan:

1 ikat pak choy (sawi pendek)
600 ml air kosong
1 peket tauhu telor (dipotong bulat2)
suhun (ikut selera)
2 ulas bawang putih untuk menumis
1 sudu besar minyak masak
½ kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis mentah direndam seketika
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga hampir kuning dan masukkan air. Biar sampai mendidih sambil itu masukkan kiub ikan bilis & ikan bilis mentah. Tauhu telor digoreng dgn separa minyak, tidak perlu terlalu garing. Angkat dan toskan baki minyak. Masukkan suhun ke dalam sup yang sedang mendidih. Biar empuk kemudian masukkan pula tauhu telor, pak choy dan garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk individu yang sedang diet. Sama ada dimakan begitu sahaja atau dgn nasi putih. Jika suka, titikkan sedikit minyak bijan.

Tambahan:
selepas dimasukkan sayur pak choy, hanya perlu kacau perlahan2 dan terus tutup api. Jangan tutup periuk kerana ini akan menyebabkan sayur cepat layu & kurang zat. Boleh tambah ubi kentang jika suka dan perlu dimasak sblm dimasukkan suhun.

B.E.W.A.R.E of Kwetiaw.

Char koey tiaw satuuuuu….
ATTENTION!! !BOY ' S AND GIRL ' S...
PLEASE. ...DON ' T TRY THIS AT HOME!!!!!!
First, clean the chopstick from dust and dirt...
Cut the chopstick...

Cutting result....

To sterilize it, put chopstick into boiled water.....


After boiled, its will floating as below ...

Put salt, pepper, and seasoning...


Stir properly. Add also tapiocca ..

Also Baking Powder...

Put Brown color..

Boil it ....

Put into vacuum jar...

Put it away from sun...

After 1 day put it out...

Its become soft like this picture...
Look carefully...
Is it familiar for you?he2....

If its cook with beef and vegetable... .. then?? ..It is ...KWETIAW ...!!!


From chopstick become Kwetiaw.... Its reenginering foods....... ....


W.E.I.R.D Food..

aku tulis entry ni sebab ::
:: Sekarang Musim Durian ::
:: aku suke makan macam ni ::
:: Baru je makan macam ni mase balik kampung semalam ::
:: Ble aku tanye member2 kat opis ade tak sesape pernah makan macam ni ? Sume wat muke pelik ....MmmMmmm ::


Bahan-bahan ::
:: Durian yang baru ::
:: nasi ::
:: Gula ::
:: air garam ::
Nasi yang telah di campur air garam

Cara makan :
Nasi di campurkan air garam ...jangan letak banyak garam sangat untuk rase lemak-lemak masin
lpas tu letak sedikit gula dalam 2 sudu
makan bersama durian .....I like it ...yummy..yummy ...

Gula

Air Garam

Ayah aku ade cakap :
Dulu...Arwah nenek aku selalu klau buat kenduri arwah time Musim Durian die akan buat kenduri makan Pulut, Durian, Gula dan air susu .....tapi kitorang dah tukar susu dengan air garam dan Pulut dengan nasi .
Did you think this food weird ?

D.E.T.O.K.S.I.F.I.K.A.S.I

Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksid yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.
:: MENGAPA PERLU DETOKSIFIKASI?

Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksid. Keadaan menjadi semakin serius apabila toksid ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).


:: Kehadiran toksid inilah yang menyebabkan gejala seperti:
:: mudah letih ::
:: mengantuk ::
:: sembelit ::
:: darah tinggi ::
:: gula dalam darah ::
:: serangan jantung ::
:: sakit-sakit sendi ::
:: kegemuruhan ::
:: kebimbangan::
:: cepat marah ::
:: kegagalan buah pinggang ::

:: F.A.K.T.O.R pemakanan

Makanan siap-proses (segera) dipenuhi dengan kimia merbahaya seperti bahan awet, pewarna, perasa tiruan dll.

:: F.A.K.T.O.R pencemaran

Udara beracun akibat pencemaran asap daripada kilang-kilang, kenderaan, sementara air dicemari melalui pembuangan sisa toksid dan sebagainya.

:: H.A.S.I.L pertanian yang beracun

Penggunaan racun rumpai, racun serangga dan baja kimia.
:: G.A.Y.A hidup

diet yang tidak seimbang dan teratur
merokok, minum minuman keras
pengambilan ubat yang mengandungi dadah
tidak beriadah

:: K.E.S.A.N keracunan

sistem imuniti merosot
bertambahnya penyakit pada usia muda
kadar kesuburan yang rendah dengan kerosakan sperma
kemerosotan IQ dan berlakunya tekanan mental
penyakit yang ada tidak upaya disembuhkan



DETOKS air Putih dan Jus
Detoks jenis ini (minum air putih) dikenali sebagai water fasting. amalannya perlu dilakukan di bawah pengawasan pakar. Sebaiknya dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
Menurut kajian, tubuh mapu melakukan water fasting jika setelah 3-4 hari melakukannya tiada sebarang kesan sampingan kepada anda. Namun, Jika anda mengalami masalah seperti pening dan sakit kepala, letih dan tidak bermaya, anda dinasihatkan agar berbuka puasa!!! ( jangan teruskan jugak...karang masuk ICU aku tak tau o.k)


:: D.E.T.O.K.S JUS

Detoks jus juga dikenali sebagai jus fasting.sebenarnya, melakukan detoks ini bergantung kepada keadaan kesihatan anda. Puasa boleh dilakukan dalam masa 2 jam sama ada sebulan sekali atau seminggu sekali sehingga mencapai 14 hari. Setelah biasa, anda disarankan melakukan detoks sebanyak 10 peratus sebulan, iaitu 3 hari sahaja dalam sebulan.
bagi yang melakukan Slow Detoks, pengambilan Herba dapat membantu, tetapi perlu diingat bahawa ia boleh diamalkan dalam jangka waktu tertentu sahaja. Walaupun anda mengambil herba-herba untuk detoks, tetapi anda masih mengamalkan diet yang tidak sihat, ia juga tidak akan membantu. Pengambilan Suplemen herba atau vitamin C untuk jangka masa panjang juga tidak boleh dikatakan detoks.

K.A.R.B.O.H.I.D.R.A.T

BeNaRkah Ada KarbohiDraT Baik Dan TiDak Baik ????
Ya, Memang Benar !! karbohidrat Terbahagi kepada 2 iaitu yang baik dan tidak baik.
Tahukah Anda bahawa makanan yang mempunyai Indeks 'glycemic' yang rendah sebenarnya baik untuk diet anda?

:: I.N.D.E.K.S "glycemic"

What is the Glycemic Index?

Not all carbohydrate foods are created equal, in fact they behave quite differently in our bodies. The glycemic index or GI describes this difference by ranking carbohydrates according to their effect on our blood glucose levels. Choosing low GI carbs - the ones that produce only small fluctuations in our blood glucose and insulin levels - is the secret to long-term health reducing your risk of heart disease and diabetes and is the key to sustainable weight loss.

article from :: http://www.glycemicindex.com/

:: Berikut Merupakan antara makana yang mengandungi indeks karbohidrat kategori B.A.I.K ( Rendah kandungan "glycemic")

Beras Perang Basmati
Kacang Pis (dalam Tin )
Keledek
Spageti (al dente)
Kacang Pis Segar
Bijirin tanpa gula
Oat
kacang Merah
Jus Buah-buahan Segar
Roti berasakan gandum
Aprikot kering
Jagung India
Lobak Mentah
Produk Tenusu
Buah-buahan segar
Kacang Soya, kacang tanah
Aprikot Segar
Sayur Hijau
Tomato, Bawang Putih
Bawang Besar

:: Berikut Merupakan antara makanan yang mempunyai indeks karbohidrat kategori T.I.D.A.K B.A.I.K ( Tinggi kandungan "glycemic")

maltosa (bir)
Glukose
Kentang Bakar
Kentang Goreng
Tepung Beras
Tepung Ubi Kayu
Kentang Putar
Kerepek Kentang
Madu
Hamburger rolls
Lobak Merah dimasak
Emping Jagung (popcorn)
Nasi Segera
Kacang rebus
Labu
Tembikai
Gula pasir
Roti Putih
Bijirin manis
Bar Coklat
Minuman Bergas
Kuih-muih
jagung
Nasi Putih
Mi atau Pasta
Kismis
Kentang rebus sekali kulit
Buahan jeruk
Tepung Semolina
Pisang
Spagethi

Article From : Mingguan Wanita February 2004

N.O problem makan di restoran ketika berD.I.E.T



Anda mungkin sedang memulakan diet, tapi ini bukan bereti anda tidak boleh menikmati hidangan 'luar' bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Yang paling penting sekali anda perlu bijak mengendalikan diri, agar progrm diet anda tidak terganggu. Caranya mudah , Ikuti Tips di bawah ini :


:: P.I.L.I.H.L.A.H makanan dari jenis sayur-sayuran atau ikan laut yang diolah dengan cara dikukus atau direbus. Hindari daging berlemak dan makanan yang digoreng dengan minyak atau mentega.


::J.A.N.G.A.N segan untuk bertanya jenis-jenis menu yang tidak mengandungi banyak lemak dan sedikit kandungan kalorinya ketika membuat pesanan makanan.

::J.I.K.A perlu mintalah pada pelayan agar menu utama disajikan dalam jumlah yang sedikit, dikurangkan jumlahnya atau separuh sahaja.

::P.E.N.C.U.C.I mulut berbentuk aneka jenis buah.buahan segar yang telah siap dipotong . Elakkan mengambil manisan yang manis.



:: P.I.L.I.H salad berbahan sayuran dan buah segar tanpa 'topping seafod' atau daging dengan 'dressing' minyuak zaitun (french dressing)

:: K.A.L.A.U boleh, berbahagilah makanan dengan rakan-rakan anda.

::S.E.B.E.L.U.M makan, sebaiknya anda minum segelas air putih dan makan sepotong buah-buahan segar.

:: J.A.U.H.I minuman beralkohol, minuman bersoda, teh manis atau kopi sebelum makan.

:: J.A.N.G.A.N ragu untuk berhenti makan dan jangan menunggu perut anda kekenyangan .

Article From : Mingguan wanita MEI 05

M.A.K.A.N.A.N yang perlu "didekati"...

M.A.K.A.N.A.N yang perlu "didekati" ketika B.E.R.D.I.E.T
:: Kacang Buncis Dan Kacang Panjang

kaya dengan serat dan mengandungi beberapa keperluan Nutrien misalnya potasium yang dapat membantu mengatasi masalah kelebian cairan, protien dan kalsium.

:: Bijirin Oat

Kandunagn Antioksida dan seratnya baik untuk membakar lemak dan membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.
:: Avokado


Buah ini mengandungi kalori yang tinggi tetapi juga mengandungi asid lemak esential yang baik untuk kulit . Ia mengandungi Vitamin E dan Beta Sisosterol dan serat yang membantu mengatasi masalah Kolesterol.
:: Pisang



Mengandungi Potasium dan vitamin B6 yang bermanfaat utk mengatasi masalah kelebihan cairan dalam tubuh.

:: Nenas


Membantu memperbaiki serat kolagen yang rosak.Selain itu juga mengandungi Vitamin C.

:: Limau Dan Anggur


Membantu membentuk serat kolagen. Juga mengandungi methoxyyiated bioflavonoids yang berguna untuk melancarkan perjalanan darah dan memperkuatkan pembuluh darah.
:: Asparagus



Memperkuatkan Pembuluh vena dan pembuluh rambut serta mebantu mengawal tekanan darah. Mengandungi glutathione, enzim yang bersifat detoksifikasi dan pelawan radikal bebas.
:: Bawang Merah Dan Bawang Putih



Ramuan dapur ini mudah disertakan dalam setiap masakan. Kandungannya antara lain sulfur( membantu mengatasi kesan daripada pendedahan radikal bebas), Vitamin E dan Vitamin C.
:: Brokoli


Mengandungi alpha lipoic acid yang dapat mencegah pengerasan kolagen, Selenium yang dapat memaksimumkan vitamin C, E dan Beta Karoten dan kalsium .
:: Daging Lembu (Merah)

Anda tidak perlu menjauhkan diri daripada produk-produk yang berasaskan haiwan . Pilihan yang bebas lemak. Daging Lembu mengandungi Conjugated linoleic acid (CLA) yang berfungsi untuk membakar lemak.
Article From : Mingguan Wanita Ogos '05