Foot Detox Patch

FOOT DETOX PATCH



RM20 - 10 keping+1 FREE..

Foot Patch nazconsauna harga berpatutan dan kami tambahkan kandungan dan khasiat untuk lebih berkesan.

Tiada Bahan2 Tiruan..100% herba semulajadi..pelekat berubat untuk singkirkan toksik dan lemak dan badan..



Kelebihan Foot Detox Patch Nazconsauna

1. Meningkatkan Tenaga dan Metabolisme Dalam Badan.

2.singkirkan toksik dalam badan.

3. Melancarkan peredaran darah.

4. Meningkatkan imun dalam badan.

5. Melegakan sakit-sakit urat dan sendi.

6.Atasi masalah insomnia.

kalau berminat? tinggalkan komen atau emailkan kepada

mawarberduri09@gmail.com










Thanks :)

Floating Pooh



Bismillah

dah lame tak buat tutorial nih...
so hari ni nak wat tutorial tentang Floating Pooh yang ada kat
kedua-dua blog Cik Mawar_Berduri ye ...hihi
1. Search kat google atau yahoo or what so ever
animated cartoon yang korang nak Floating kan ....

2. pastu upload kat photobucket , imageShack dll.

3. Klik adiWidget

4. Klik

5.Ikut Instruction yang Adi dah bagi kat situ .

6. Copy code yang telah di generate

7. Paste kat blog macam biasa la...
Design
add gadget
add HTML/JavaScript Add
tak yah letak tajuk o.k

-Done-







Selamat mencuba .....

JANGAN kencing berdiri ?


tahukah anda,
sekiranya anda mengamalkan tabiat kencing sambil berdiri,
Risiko untuk mengidap penyakit batu karang adalah sangat tinggi !!!

dari kecik jangan latih anak anda kencing berdiri ye ....



Ini adalah kerana,
sekiranya anda mengamalkan kencing sambil berdiri,
air yang sepatutnya keluar sehingga ke 'titisan terakhir'
akan tersumbat didalam pundi kencing
dalam erti kata air kencing tersebut tidak semuanya keluar.

Terdapat beberapa organ yang tidak dapat berfungsi secara optimal dengan posisi berdiri
sekiranya anda kencing dalam posisi mencangkung,

saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas dan mengoptimalkan proses pembuangan air kencing sehingga ke 'titisan terakhir'












Sumber : Rapi, Bil 142

K.O.L.A.G.E.N

Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Dia adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).

Pengganti Kolagen Semulajadi

Tomato
Oren dan Lemon
Susu Soya, Tofu dan semua makanan yang berasaskan soya
Ikan
Bawang Putih
Bayam


So.... kalau nak cantik tanpa mengambil sebarang kolagen....
amalkan makan makanan seperti yang diatas ye ...
~ Selamat Mencuba ~






karbohidrat baik & tidak baik

Bismillah ...

hari ni nak share sikit tentang baik dan jahat
bukan manusia je ade yang baik dan jahat
ade malaikat dan syaitan
ade unsur baik dan unsur jahat seperti Yin and Yang ....

Yin itu mewakili tempat hitam (kesedihan, passive, gelap, kewanitaan, menjurus kebawah, dan mewakili malam) sering juga disimbolkan dengan air

Yang itu mewakili tempat putih/cahaya ( kegembiraan, aktif, kejantanan, menjurus keatas dan mewakili siang) sering disimbolkan juga dengan api atau angin

Tahukah anda ...Karbohidrat pun ade yang baik dan tidak baik ......

Ini adalah senarai karbohidrat Jahat tidak baik ....

klik untuk tumbesaran .....

dan
yang ini karbohidrat yang baik .....


klik untuk tumbesaran ......

mulai sekarang pilihlah karbohidrat yang baik bagi mendapatkan sumber tenaga untuk badan anda .....






kawan baru


salam...
hari ni saya nak memperkenalkan 'kawan baru' saya
ini dia..namanya Mr. Oat Krunch
sekarang ....
saya mau berkawan baik dengan beliau

semoga beliau tidak jemu menemani waktu makan saye ...

Royal Slim


agak lame tak update blog ni ...
so latest story ..
.....................................................................................
my roommate telah introduce product Royal Slim ni
dia bagi sekotak untuk trial
so saya pun makan jela dapat free kan ?

ubat ni capsule
senang cket ...telan je ..
tak de rase pape
...............................................................................................................

dan hasilnya ?

huhhuhu

waduh... kepala ku pening seharian
dan
rasa stress je sepanjang hari



..................................................................................................................
setelah dibuat kajian ..
memang antara ingredient dalam product ni
boleh menyebabkan rase agak tertekan
tapi tak la memudaratkan
masih under control
...................................................................................................

So kepada yang mengidap Darah Tinggi
cuba la elakkan dari ambik ubat ni ...
supaya darah anda tidak naik ...
hehehehehhehe

~Sekian~





T.R.Y yang ni pulak ....

Bismillah ....
saje..tak tau nak update ape hari ni ...
So nak share la sikit ....
ade la suatu hari berborak2 dengan sorang kakak ni ..
katanya

" Dik , akak pernah try losyen ni ...elok..."
"akak dah cuba... ukur lilit akan berkurangan..bla..bla..bla.."


so aku pun try je la

ni pulak experience ku :

Membakar lemak
Melawaskan proses 'Indah Water'
Mengempiskan perut
Anda akan rasa berpeluh-peluh pada tempat yang disapu ...
walaupun anda sudah telah mandi..sabun ...
tetapi
bile anda berjalan, bersenam..anda tetap akan rase panas dan berpeluh
pada bahagian yang disapu .....

kalau rajin boleh cuba
Insyaallah

kita berusaha..hasilnya terserah lah ..




Anorexia dan Bulimia Nervosa


Kedua-dua nya merupakan masalah kecelaruan pemakanan..






Anorexia nervosa
Penghidap anoreksia nervosa lazimnya memilih untuk terus berlapar dan enggan mengekalkan berat badan unggul kerana berpendapat mereka masih gemuk.

Bulimia nervosa

Penghidap bulimia pula sering mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha untuk membuangkan apa yang telah dimakan sama ada dengan memuntahkan semula atau menggunakan ubat-ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat. Penghidap bulimia boleh mengalami berat badan yang berubah-ubah tetapi tidaklah sampai ke tahap kemerosotan berat badan yang ketara seperti yang dialami oleh penghidap anoreksia.


Kesan dan Akibat

Anorexia nervosa

Boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. Dianggarkan 1 dari 10 orang meninggal dunia akibat penyakit ini. Akibat-akibat lain termasuklah gangguan degupan jantung, rembesan hormon terjejas, gangguan kitaran haid, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan gangguan pada sistem saraf.

Bulimia nervosa

Mengakibatkan kerosakan pada gigi dan gusi akibat kesan asid perut dalam bahan yang dimuntahkan. Dehidrasi badan dan penurunan paras kalium akibat kerap muntah boleh menyebabkan gangguan degupan jantung selain dari badan menjadi tidak bermaya. Pembuangan bahan-bahan dari usus secara kerap akan menyebabkan keradangan pada dinding saluran pemakanan, dan juga sembelit.






S.U.N.G.G.U.H aku tak suka....


Bismillah.....


"Ross saye tengok kamu makin besar la! ke baju kamu yang besar ? tapi betul la saya tengok kamu makin besar ? "

sob..sob....masih ada lagi sisa-sisa keperitan dalam hati aku .. bukan aku seorang yang terlalu sensitif.....

aku dah biasa...aku dah tak kisah ...aku sendiri pun akui yang memang aku ni Chubby ! aku sedar itu.... semua orang pun tau ....dia tau ke yang berat aku makin berkurangan? tapi dia cakap aku makin besar ? apa tu ?

tapi aku tak pernah pun berhenti untuk cuba dan cuba untuk menutup mulut orang ...

aku tak kisah tak makan!
aku sanggup berabis duit beli produk pelansingan!
aku buang masa kaji teknik2 diet
aku beli majalah2 kesihatan!
aku berjogging tiap minggu!

tapi mudah je keluar dari mulut orang tanpa fikir ape yang aku rasa !
bukan ayat di atas yang buat aku sedih...buat aku pilu ...tapi ayat ini!

" Salah cara kamu tu? bla....bla....bla.... ?

mana dia tau cara aku salah ?
aku tak pernah pun stop makan ... aku tak pernah berlapar ?
aku dah kaji banyak cara diet .... die ?

ya ... dia bernasib baik sebab Allah kurniakan dia tubuh badan yang cantik kot pada dia?
walaupun dia sudah punya anak...tapi badan dia tak la gemuk....
So?
mane die tau cara aku salah ?
Pernah ke dia tau tentang Atkins? tentang Morning Banana?
tentang Beach Diet ? tentang low carbo?
pada pandangan mata aku dia tak pernah ambik tau
sebab dia tak pernah Gemuk?

sebab tu dia boleh cakap sesuka hati ...
Sungguh aku Terasa...





Chaiyok..chaiyok ...


Bismillah ......
apa motif aku letak tajuk n3 kali ni Chaiyok...chaiyok ?
apa itu chaiyok..chaiyok?
kalau x silap aku maksudnya : Berusahalah ......

aku sedang buat planning untuk February 2010...
planning apa?
huhu..malu la plak nak bgtau ...tkot planning hanya tinggal planning ....

tapi untuk buat aku terus berusaha ngan planning ku itu...
aku pun buat la entry ni.....

Insyaallah kalau aku berjaya dengan planning tu...akan ku war-war kan disini apakah ia pada awal March...hihihi

Syarat P.E.R.T.A.M.A!!!

TANAMKAN SIKAP POSITIF

1. Kurangkan makanan yang bergoreng - Isytiharkan Perang pada makanan Ringan

2. Tukarkan pengambilan makanan yang berasaskan lemak haiwan kepada yang berasaskan lemak sayuran.

3.Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

4. Kurangkan juga minum minuman yang manis dan jauhkan tabiat makan kerana stress .

5.Elakkan MEMAKSA diri melalui saat yang sukar untuk menurunkan berat badan. Biar ia berlaku dengan normal dan jalani hidup seperti biasa.

6. Bertemulah dgn pakar perubatan atau pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.