Ni la juadah yang mawar masak semalam untuk berbuka bersama roommate ... Al-kisahnya ..tengahari semalam ter'rajin pulak pegi Pasar Tani....pastu ter'beli' pulak ayam dan beberapa jenis sayur.... Balik petang semalam hujan la pulak...sampai rumah memang basah 'lencun/lokoih' Lepas mandi dan solat asar trus ke dapur pong pang..pong pang.. ni la yang terhasil.. Sayur Goreng + Sup Ayam
Sayur goreng tu aku mawar makan siket je ...sebab mawar tak makan nasi pun semalam..so rase siket je la...Mase berbuka cume makan sup ayam je ..Sup ayam tu pun sebenarnya tak la bagus sangat ...tau knape? sebab sup tu banyak minyak cket ...
Dan
KENAPA YE HARI NI RASE CAM TAK BEST DAN MEMBOSANKAN ???
patutnya hari ni jumaat misti la best kan? ..tapi tak tau la knape rase cam best je ...maybe sebab balik rumah nanti kena berbuke sorang2... sebab sohabat-sohabat ku semua balik kampung ...
lagi satu sebab ... xtau knape emoticon yang kiut-miut kat blog ni ilang dan tak leh nak gune ....
ni yang install emoticon yang simple je ... and the last reason Coze ...hati ni trase sangat-sangat tak sabar nak balik kampung jumpa family ....lambatnya esok..hihihi
Tunggggggguuuuuu kepulangan ku ....hohoho balik kampung
Pagi tadi sebelum pergi Office sempat terbaca satu article mengenai
:: Kebaikan Air sejuk/ ais batu::
Fakta dalam article tu adalah daripada Dr. Norhissam Mustafa
Ni la pic beliau..tak brape clear coz snap pic kat majalah gune handfone je ...
Selalau kita dengar yang banyaknya keburukan ais..orang cakap boleh gemuk la..x elok la..demam la..selsema la...kan? yang ni mawar la yang selalu dengar ....
" Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis
mahupun manusia"
:: F.A.K.T.A.K.E.L.E.B.I.H.A.N.A.I.S ::
:: Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
:: Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar
tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa..
:: Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk
memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
:: Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa
yang keterlaluan. kalau rase diri tu macam cepat lupe cube la kunyah kiub ais..
:: Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan danberterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.. Tak sangka ais ni elok untuk batuk ??
:: Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan
yang tidak disangka-sangkakan.
:: Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan
yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi sawan...sawan sangat bahaya..boleh buat cacat seumur hidup ..takotnya.
:: Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang
yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
:: Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan
tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih
cepat.
. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
:: Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang
mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang
jahat...klau macam tu orang yang kena histeria eloklah dimandikan dengan ais batu ..hihihi
:: Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat
lembut lagi mengharmonikan.
:: Air sejuk akan menguatkan tulang bayi..eh..jangan pulak mandikan baby ngan ais..ni air paip biasa o.k la..sejuk dah air paip tu...klau gune ais nak biar biru budak tu ke ?..huh..
:: Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
:: Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut
kristal yang paling keras iaitu intan..
wow . Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh
dan menyeluruh.
:: Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan
semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar. boleh ke letak bunjut ais kat dahi orang yang koma??..musykil ni .. hak..hak..
:: Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik
asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
:: Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang
dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
:: Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin
merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan
keikhlasan.
:: Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang
berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk...ade jugak dengar ni sblom ni ...Petua orang tua-tua ..
:: Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian
perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di
waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.
Bismillah..... mula-mula sekali nak tanye ni....?? perasan tak Icon blog Mawar kat atas tu dah bertukar? ha? tak perasan ? ala..... kat atas tu kan dah tak de lagi icon 'B' yang oren tu ..Ha..yang tulah.. btol..btol..yang tu lah yang sedang mawar nak ceritakan ni ....
Perasan tak benda yang gerak2 tu benda apa? misti tak perasan kan ? kecik sangat ....... kalau nak tau benda ti ialah seekor : .............. .......... ....... ...... .... ... .. .
Siput...ye !! btol..Siput yang bernama Gary...!! ala..siput si spongebob seluar petak yang boleh mengiawww macam kucing tu ....
Ni la pic besar si gary miaw..miaw... Knape ye Mawar pilih si Gary ni ... .....mmmmm....... ..mm.. ..m..
Sebab Gary ni cute....dan..... Sebab Blog Mawar yang ni cam slow siket nak dibandingkan ngan blog yang satu lagi ... tak tau yang mane? la..nape tak cakap.....??? klau nak tengok klik disini
Kepada sesape yang rase cam tringin nak ubah icon/favicon blog anda ...bolehlah refer disini Terima kasih ye Encik SlumbeRAJA sebab buat entry ni. jenuh gak aku search cara nak ubah benda alah ni.. hihihi
Petang ni aku terasa macam terkena penyakit 'M' ... tau tak sakit apekah ini? MALAS.....tau tak knape aku boleh terkena penyakit ni? ...... ... .. . sebab pagi tadi umah aku tak de air ...Uwaaaaaa ..aku tak dapat nak mandi dengan sempurna pagi tadi ...Eh...jangan salah faham...aku mandi cume tak sempurna ..sebab aku tak dapat nak bersabun-sabun lame2...aku cuma dapat mandi dengan berbekalkan 1 setengah baldi air je ....tension gile pagi tadi ..rase cam nak EL pun ade...nak MC pun ade ...tapi ku kuatkan jugak semangat nakdatang office...Now ......... ..... ... .. . aku malasssssss nak balik kalau tak de air lagi .... harap -harap air kat umah aku dah ade la....
hari ni nak bagi beberapa TEKNIK dan TIPS yang baru dipelajari iaitu : .. . "TEKNIK MELAKUKAN SENAMAN MATA " yang dinamakan
Tibetan Eye excercises .. . 1. pastikan anda print gambar dibawah v V
2. Letakkan titik tengah pada gambar tersebut betul-betul menyentuh hidung anda seperti gambar di bawah v V
3. Gerakkan mata anda untuk memandang anak panah yang terdapat pada gambar tersebut
4. Gerakkan mata anda ke atas untuk melihat bulatan pada bahagian atas anak panah v v Gerakkan pula mata anda ke atas sebelah kanan v v dan teruskan dengan semua ke enam-enam anak panah
Tips KeDua ::Bagaimana anda ingin mengetahui sama ada anda berada dalam keadaan stress atau normal ?
1. kumpulkan air liur didalam mulut anda air liur sendiri tak yah nak geli-geli.. :p 2.Bila dah banyak sikit..tak yah la banyak sangat..klau banyak sangat memang trase cam geli je.. 3. rase sama ada air liur anda cair atau pekat? Klau cair v v ANDA NORMAL v v klau pekat v v ANDA SEDANG STRESS (tips ni diberi oleh pegawai psikologi..bukan rekaan tau) anda tau kenapa ini terjadi? v v Sebab rembesan Chemical yang dinamakan Kortisol bila kita stress cecair ni akan banyak terhasil dan cecair ni akan diserap di bahagian leher sebab tu kadang-kadang orang bile stress dia akan ... .. . PeGanG Leher???...btol tak ? sebab leher rase macam berat je ( pegawai psikologi tu la cakap)