yang Keding dan gelap .


Bismillah ..
huh..lame gak tak update blog ni ....
agak bz ...hari ni ade sedikit kesempatan boleh lah update ...

Jangan pandang rendah kepada si Keding iaitu taugeh ...

Walaupun murah, taugeh mempunyai banyak khasiatnya.
pengambilan taugeh secara kerap membantu wanita menghalang risiko kanser ,
senggugut dan gangguan pra-menopous.

mereka yang berisiko diserang penyakit angin ahmar dan serangan jantung juga disarankan melebihkan pengambilan taugeh .


Sila pilih yang agak gelap ....
statement ini untuk buah-buahan dan sayur-sayuran ya !!..huhu

tahukan anda semakin gelap warna buah atau sayuran, semakin tinggi nilai gizinya.
sayuran berdaun hijau tua, kuning gelap jangan yang dah busuk plak dan
jingga, merupakan sumber Vitamin A dan Ferum yang baik.
Ianya mampu mencegah penyakit anemia.

Ukuran Pinggang yang sihat

Gambar sekadar hiasan

Garis panduan ini dari AHA-NHLBI
(Kesatuan Jantung Amerika)

Wanita Normal : tidak boleh lebih dari 35 inci (88sm)
Lelaki Normal : tidak boleh lebih daripada 40 inci (102 sm)
Nota : Risiko diserang penyakit jantung lebih tinggi jika pita ukur anda mengesahkan yang ukuran lilit anda lebih daripada itu.

Garis panduan daripada IDF
(Kesatuan Diabetes Antarabangsa)

Wanita Normal : Tidak boleh lebih daripada 32 inci (80sm)
Lelaki Normal : Tidak boleh lebih daripada 38 inci ( 94sm)
Nota: Risiko diserang penakit Kencing Manis lebih tinggi jika ukur lilit anda berlebihan

tanda Amaran titik tengah kebada risiko OBESITI
Wanita : 32 inci ( 80sm)
lelaki : 38 inci (94sm)

Nota : Jika anda tidak mempunyai pita pengukur...cara lain untuk mengukur ialah dengan
membahagikan ketinggian kepada dua
kemudian tukarkan kepada nilai inci
Ukuran pinggang anda hendaklah tidak melebihi angka berkenaan

Nota peladang : seb baik tak lebih 32 inci....
huhu..bahaya nih
blogger-emoticon.blogspot.com

Menukar Favicon Blogspot

Bismillah,
hari ni nak ajar macammane nak tukar Favicon

Favicon tu yang ni ---->
(1) macam biasa Sign in kat Blogspot

(2)

(3)(4) Jangan lupe backup layout anda ..

(5) Klik kat kotak ni --> (6) Klik CTRL + F
dan cari wording ni .
Klik untuk tumbesaran

(7) Paste Code ni kat bawah Code diatas .

(8) Tukarkan tulisan yang merah tu dengan URL Icon yang korang nak tukarkan tu
Link tu kalau nak mudah ambik je kat sini

Cute Emoticons

ni la contoh hasil coding yang dah siap .Lastly ..
Sekian, Harap ini dapat membantu

B.E.R.M.U.L.A dari Tangan

Tahukah anda ?

Sabun Buku
Jika digunakan bersama air boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik lain.
namun begitu
disarankan menggunakan sabun antiseptik agar dapat membunuh mikro organisme sepenuhmya.

Kesan pada Kulit:
Sabun antiseptik biasanya mengandungi alkohol sebanyak 70% dan sabun dengan nilai PH di atas 9 boleh mengeringkan kulit tangan. Pilihlah sabun yang 'mild' atau nilai pH yang hampir dengan nilai pH kulit (5.5)

Sabun Cecair
boleh menghilangkan lemak, minyak atau bahan organik.
Sekiranya kandungan mengandungi antiseptik, ia boleh membunuh semua organisma.

Kesan pada kulit :
sama seperti sabun buku, kandungan antiseptik dan nilai pH padanya boleh menyebabkan kulit kering.

Gel Pembersih tangan
Ia tidak efektif untuk membersihkan kotoran atau bahan organik lain. lazimnya, ia mempunyai alkohol dan sangat efektif membunuh mikroorganisma

kesan pada kulit:
alkohol juga boleh menyebabkan kulit kering. Pun begitu kini terdapat juga gel pembersih tangan yang ditambahkan dengan pelembap (emollient) yang berfungsi mencegah kulit kering.

Tisu basah
mampu membersihkan kotoran atau bahan organik lain. Walaupun ada kalanya hasilnya tidak sepenuhnya. Produk ini biasanya mengandungi alkohol yang boleh membunuh mikroorganisma.

kesan pada kulit :
menyebabkan kulit kering